Dalam Assignment 1, saya dan ahli kumpulan ASAP diminta membina satu perisian yang menggabungkan pelbagai Scene. Sebelum itu, terlebih dahulu saya mencadangkan agar dibuat Storyboard dan Carta Alir sebagaimana yang pernah dipelajari semasa di peringkat Sarjana Muda dahulu, bagi memudahkan proses authoring menggunakan Flash. Berikut adalah antara paparan-paparan skrin perisian Animal World yang telah saya reka. Kekangan masa yang ada memang terhad, namun kami telah cuba sedaya-upaya untuk menyiapkan tugasan ini.
Ini adalah montaj perisian Animal World. Rekaan teks dibuat oleh saya sendiri, manakala imej latar belakang adalah dicari menerusi internet. Montaj ini turut memuatkan bunyi audio yang telah diimport ke Library sebelum ini.
Ini pula adalah paparan skrin Menu Utama perisian kami. Saya menggabungkan pelbagai gambar haiwan yang diambil dari internet. Kemudian saya memasukkan kod untuk setiap butang.
Ini adalah paparan di ruangan Nota. Pada skrin ini saya telah mencadangkan agar dibuat Button Frame, atau bingkai untuk menyeragamkan susunan Butang Perisian bagi memudahkan proses salin semula butang perisian, dan juga menjadikan paparan yang dihasilkan lebih kemas.
Ini pula paparan untuk Scene Kuiz dibuat oleh Afidah berdasarkan apa yang telah dipelajari menerusi aktiviti di Makmal Komputer.
Ini adalah paparan untuk permainan oleh Khairunnisa. Kebanyakan bahan yang dibuat untuk setiap Scene adalah didasarkan daripada latihan-latihan aktiviti di Makmal Komputer.
Seterusnya saya memasukkan video di bahagian Kredit sebagai penutup tugasan kami. Video ini bertemakan kesedaran terhadap menjaga kebajikan haiwan-haiwan di dunia, di mana haiwan-haiwan ini semakin diancam kepupusan akibat kerakusan manusia mencari keuntungan dunia.
Seterusnya saya memasukkan video di bahagian Kredit sebagai penutup tugasan kami. Video ini bertemakan kesedaran terhadap menjaga kebajikan haiwan-haiwan di dunia, di mana haiwan-haiwan ini semakin diancam kepupusan akibat kerakusan manusia mencari keuntungan dunia.